Tamat sudah spekulasi yang melanda pengacara sensasi, Jimmy Shanley. Ikatan pertunangan bersama anak pengasas produk kecantikan Natasya pada hari ini menghapuskan gosip mengatakan Jimmy sudahpun berkahwin.
Bertemakan merah jambu, Jimmy ketika ditemui di rumah tunangnya di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh, berharap agar tiada lagi cerita tidak berasas dikeluarkan demi menjaga maruah dan nama baik mereka sekeluarga. "Saya tak pernah sorok hubungan kami selama ini. Jika ada majlis membabitkan media, pasti saya akan bawa dia bersama. Dan hari ini, sah saya menjadi tunangan orang. Dan Insyaallah jika tiada aral melintang kami akan langsungkan perkahwinan awal bulan 10 nanti," ujarnya kepada ManggaOnline.
Menceritakan detik perkenalan dengan Cik Nursuhaila, Jimmy mengimbau kembali kenangan tahun 2006 ketika penggambaran Trek Selebriti di Genting Highlands manakala keluarga Nursuhaila sedang bercuti di kota keriangan itu.
"Ketika itu Suhaila datang kepada saya dan ingin bergambar bersama. Kami berkenalan ketika itu namun hubungan kami mula serius apabila saya dijemput sendiri ibunya untuk datang membuat kejutan harijadi Suhaila yang ke-24 pada 31 Januari lepas.
"Walaupun hubungan kami masih baru, tapi bila bersama dia dan keluarga, saya rasa seolah-olah telah lama mengenali mereka. Kami jarang dating berdua dan selalunya kami banyak habiskan masa bersama keluarga Suhaila. Parents dia happy go lucky dan boleh ngam dengan saya," ujarnya mengidam mengadakan majlis resepsi di Kelly Castle. Jarang sekali dilanda kontroversi dan Jimmy tekad dengan keputusan menjadikan Suhaila sebagai suri hidupnya. Apa keistimewaan Suhaila pada pandangan Jimmy?
'Saya lihat dia seorang yang patuh cakap ibunya. Dan yang paling penting dia sangat sporting dan understanding. Bukan senang nak cari seseorang yang faham dengan kerja artis yang selalu sibuk.
"Yang pastinya tiada sebab orang nak kata saya ingin menumpang kesenangan dia sebab rasanya family saya masih mampu memberi kesenangan. Dan hasil pendapatan dengan Astro dan syarikat abang sudah cukup membiayai hidup," kata Jimmy yang diwakili abangnya Datuk Ir. Young Juwahir dalam rombongan meminang.
Pihak lelaki membawa lima hantaran iaitu sebentuk cincin, tepak sirih, senaskah Al-Quran, sepasang telekung dan tas tangan. Hantaran balas oleh pihak perempuan ialah senaskah Al-Quran, sirih junjung, sebentuk cincin, set wangian, sepasang kain baju melayu, kek dan coklat. |
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: