ANGLESEY - Beberapa pengawal sempadan di Britain terkejut apabila mereka mendapati coli yang dipakai seorang wanita berisi wang tunai berjumlah 26,000 euro (RM105,322), lapor sebuah akhbar semalam.
Wang itu dirampas daripada seorang warga Romania semasa pemeriksaan di Pelabuhan Holyhead di sini, Wales baru-baru ini.
Wanita berkenaan yang dalam perjalanan ke Wales Utara dari Dublin mendakwa wang tersebut diperoleh daripada satu urus niaga di Ireland, tetapi dia tidak mengemukakan bukti bagi menyokong kenyataannya.
Dia juga tidak dapat menerangkan kenapa dia menyembunyikan wang tunai sebegitu banyak yang disimpan dalam bentuk wang kertas 500 euro (RM2,024).
Wang kertas 500 euro itu sudah ditarik dari pasaran United Kingdom selepas ia didapati digunakan dalam kegiatan jenayah.
"Kami berhak merampas wang tersebut sekiranya kami mengesyaki ia mempunyai kaitan dengan aktiviti jenayah dan wang itu hanya akan dikembalikan jika terdapat bukti ia datang dari sumber sah di sisi undang-undang," kata seorang pengarah agensi kawalan sempadan Britain, Bob Lyne.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: