PLYMOUTH, Britain - Seorang wanita ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan bergelumang darah selepas sebuah papan perniagaan sebuah kelab malam sebesar sembilan meter tercabut dari kerangkanya akibat ditiup angin dan mengenai kepala mangsa, lapor sebuah akhbar semalam.
Pasukan paramedik dan bomba dipanggil ke lokasi kemalangan itu di luar kelab malam Reflex di sini, England, sejurus selepas pukul 11 pagi waktu tempatan Sabtu lepas untuk memberi rawatan kecemasan kepada mangsa sebelum dia dibawa ke hospital.
Wanita tersebut kemudian dibenarkan pulang setelah dia mendapat rawatan.
"Dia berada dalam keadaan sedar semasa kami tiba di lokasi kejadian. Saya rasa dia pengsan dan tidak sedarkan diri. Mangsa resah dan terbaring dengan berlumuran darah," kata seorang petugas kecemasan yang berada di lokasi kejadian, Dean Thomas, 27.
"Luka di antara kedua-dua belah matanya agak teruk. Dia amat bertuah kerana matanya tidak tercabut," tambah petugas berkenaan.
Menurutnya, papan tanda perniagaan itu amat besar dengan deretan paku pada setiap bucunya.
Mangsa dibawa ke Hospital Derriford di sini dan dibenarkan keluar pada hari yang sama.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: