Wednesday, June 23, 2010

Santai dengan Coast London


Pengunjung memenuhi ruang pameran Coast London bagi mendapatkan koleksi terkini.


HANGAT dan panas. Meriah dan penuh gemerlapan dengan pelbagai jenis aneka fesyen. Mungkin itu gambaran yang sesuai bagi majlis koleksi minum petang Coast London High Summer 2010 yang diadakan di Butiknya di Bangsar Village II, baru-baru ini.

Tersendiri. Hakikatnya majlis itu diadakan sebegitu rupa dalam usaha untuk meraikan para pelanggan setia melalui majlis minum teh di samping membiarkan mereka merasakan keseronokan pada setiap potongan harga untuk koleksi pakaian yang dipamerkan.

Tidak terikat dengan amalan biasa pada setiap pertunjukan fesyen, Coast London lalu membawa masuk patung-patung 'hidup' untuk memperagakan fesyen-fesyen mereka yang terkini pada setiap sudut butik.

Bagi setiap pemilihan fesyen-fesyen warna tropikal yang terang dan bercetak bunga-bungaan, koleksi High Summer 2010 mempamerkan rekaan longgar, fesyen baju yang digantung pada leher, termasuk baju gaya maxi, dalam fabrik musim panas dan digabungkan dengan aksesori burung merak bagi menyempurnakan penampilan.

Sementara pelanggan semua terpaku dengan fesyen yang dipamerkan atau memilih fabrik yang terbaik untuk mereka, tetamu juga dilayan dengan jamuan petang yang enak dan kek-kek cawan yang dihias indah bagi memastikan kesemua tetamu berada dalam keadaan selesa ketika 'membeli-belah' fesyen yang mereka kehendaki.

Bukan itu sahaja, tetamu juga dimanjakan dengan sesi spa tangan bagi memeriahkan majlis pada petang itu. Akhirnya, tetamu akan membawa pulang beg-beg genggam Coast London bersama dengan fesyen belian mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: