|
|
DAPAT berbual dengan pemenang tempat pertama Ratu Cantik Malaysia 2008 merupakan satu peluang keemasan yang sememangnya tidak harus dilepaskan begitu sahaja.
Ini kerana selain mengetahui serba sedikit latar belakang serta kerjayanya hari ini, ternyata Levy Li Su Lin atau lebih mesra disapa sebagai Levy, memiliki pakej lengkap yang melayakkannya bergelar ratu.
Selain memiliki ketinggian serta bentuk badan seorang ratu, Levy turut memiliki raut wajah yang putih, bersih dan cantik.
Namun apabila ditanya mengenai rejim penjagaan mukanya, jawapan yang diberi gadis yang baru berusia 23 tahun ini agak mengejutkan.
Katanya, dia tidak pernah menggunakan sebarang produk kecantikan untuk menjaga kulit sehinggalah bergelar ratu cantik.
Itu pun atas desakan ibunya agar menggunakan produk kecantikan untuk menjaga serta memelihara kulitnya.
Apa yang nyata Levy bertuah kerana dianugerahkan kulit yang semula jadi putih bersih, licin serta tidak mengalami sebarang masalah kulit.
''Saya bersyukur kerana tidak semua orang boleh memiliki kulit yang tidak mempunyai masalah.
"Dan saya seharusnya berterima kasih kepada ibu saya kerana selain mewarisi kulit yang cantik daripadanya, ibu juga merupakan orang yang bertanggungjawab menyedarkan saya betapa pentingnya penjagaan kulit muka,'' ujar Levy ditemui pada majlis pelancaran produk terbaru Shiseido di Carcosa Seri Negara, di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mengulas lanjut mengenai produk kecantikan yang digunakannya kini, Levy mengakui mula menggunakan produk kecantikan Shiseido sejak setahun lalu.
Menggunakan rangkaian produk Shiseido seperti Intensive Spot Targeting Serum, Brightening Balancing Softener dan Sun Protection, ternyata ia mampu menaikkan lagi seri wajah Levy.
Dengan adanya produk-produk tersebut, dia yang sememangnya gemar berjemur di pantai, tidak susah hati kerana kulit mukanya tidak akan terjejas memandangkan produk tersebut mampu melindungi kulit mukanya daripada terbakar.
''Walaupun kulit muka saya bukan jenis bermasalah saya tetap berhati-hati dalam memilih produk penjagaan.
''Sebab itu saya mengambil keputusan untuk tidak menggunakan sebarang produk kecantikan sehinggalah saya berjumpa dengan pakar kulit Shiseido yang menganalisis kulit saya dan mengesyorkan agar saya mencuba rangkaian produk kecantikan mereka," kata anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor ini, yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam bidang alam sekitar di Harvard Extension School, Boston, Amerika Syarikat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: