Kumpulan Bunkface tak peka masalah cetak rompak ke? Semasa penyanyi lain mengeluh album kurang sambutan dan banyak aktiviti muat turun, penyanyi Bunkface, Sam tidak mengambil kisah. Dia bagaikan menghalalkannya. Apa yang penting baginya, peminat hafal dan tahu menyanyikan lagu ciptaannya tak kisah dengan apa cara mereka sendiri. "Sambutan terhadap album kami baik dan lagu-lagu kami diterima baik oleh peminat. Tak kisahlah mereka nak dapatkan lagu kami secara haram pun (download) sebab kita memang tak boleh nak buat apa dengan keadaan tersebut. Asalkan mereka hafal lagu Bunkface, saya sudah cukup berpuas hati," kata Sam.
Namun Sam menafikan dia tidak menyokong usaha banyak pihak termasuk kerajaan yang berusaha menghapuskan cetak rompak serta memantau aktiviti maya. Kata Sam: "Bukanlah tidak menyokong seruan kerajaan tapi perkara ini makin serius dan susah untuk dibanteras. Sebagai anak seni yang menghasilkan lagu, cukuplah sekadar peminat hargai hasil karya saya."
Bersedia Untuk Dibenci Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi. Begitu juga keadaan mereka selepas memenangi Anugerah Kembara AIM lepas, masih kedengaran suara tidak puas hati dan mempersoalkan kemenangan mereka yang disifatkan tidak layak. Namun bagi Sam, dia sudah bersedia hadapi segala kecaman yang dilemparkan. "Saya akui ramai yang tidak puas hati dengan kemenangan kami dan masih awal untuk menerimanya. Tapi keputusan bukan di tangan kami untuk tentukannya. "Hakim yang mengadilinya telah terangkan kepada kami sebab kemenangan Bunkface dan nyata kami telah menjelajah dan dikenali di seluruh Asia. "Orang nak memberi, takkanlah kami mahu menolaknya. Apa-apapun, kami tak berkecil hati. Biasalah sentiasa ada haters and lovers dan kami bersedia untuk dibenci," katanya. Bunkface kini diberikan penghargaan membuat persembahan pembukaan pada Konsert Katy Perry yang bakal berlangsung pada 31 Julai ini. Band ini juga telah dijemput ke Festival Muzik yang bakal berlangsung di United Kingdom pada bulan Oktober ini. Makin besar nampaknya langkah mereka dan Mangga Online harap Bunkface terus mencapai kemuncak tertinggi dalam karier seni mereka. |
Wednesday, June 23, 2010
Sam Bunkface Tak Kisah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: