Friday, June 4, 2010

Ruang penstoran lapangkan rumah


Rak tetingkat pasang siap yang dilekapkan ke dinding untuk menempatkan pelbagai koleksi seperti bingkai gambar, pasu dan lampu.


SABAN hari, seseorang pastinya memerlukan pakaian, peralatan dan aksesori berlainan bagi memenuhi aktiviti, rutin serta cita rasanya yang berbeza mengikut masa atau keadaan.

Bagi individu yang mempunyai lebih banyak aktiviti, rutin dan cita rasa, sudah tentu memerlukan pakaian, peralatan serta aksesori berganda.

'Lambakan' koleksi itu kadangkala membuatkan pemiliknya pening kepala memikirkan ruang penyimpanan yang terhad.

Adakala, pakaian, peralatan dan koleksi itu juga menjadikan sesuatu ruang di dalam kediaman pemiliknya nampak semak dan 'menyakitkan mata' memandang.

Menyedari masalah itu, pakar perabot kediaman, Ikea yang berpengalaman hampir 70 tahun mengenai kehidupan orang ramai di rumah dan bagaimana melengkapi sesebuah kediaman dengan perabot bersesuaian, menawarkan penyelesaian terbaik melalui rangkaian siri perabot terbarunya.

Penyelesaian ini semata-mata bertujuan membantu pemilik kediaman menjalani kehidupan lebih mudah, teratur dan menyimpan koleksi di satu tempat agar ia mudah ditemui.

Dan, bagi memastikan pemilik kediaman mampu mendapatkan rangkaian siri perabotnya itu, Ikea kini mengadakan promosi jualan hebat hingga 4 Julai ini.

Salah satu rangkaian siri berkenaan adalah Lack iaitu rak tetingkat pasang siap yang dilekapkan ke dinding untuk menempatkan pelbagai koleksi seperti bingkai gambar, pasu dan lampu.

Rak tetingkat ini nampak lebih menarik dan tersusun apabila digabungkan dengan meja televisyen rendah yang mempunyai ruang meletak pemain cakera padat dan majalah serta mampu 'menyembunyikan' wayar atau kabelnya supaya sudut kelihatan lebih kemas.

Sekiranya tercari-cari tempat penyimpanan yang mampu memberikan keindahan tambahan kepada sudut kediaman, tentunya siri Expedit amat sesuai.

Ia adalah gabungan penyimpanan fleksibel yang boleh diubah kedudukan lacinya yang disediakan dalam beberapa saiz laci.

Gabungan siri Billy dan Benno pula menjadikan penyimpanan buku dan cakera padat kegemaran lebih tersusun dan mudah dicari, yang mana sudut peletakan perabot itu akan kelihatan umpama 'perpustakaan kecil'.

Individu yang mempunyai koleksi bersaiz kecil, pasti boleh menyimpannya secara 'bersama' dalam kotak siri Kassett, Lekman dan Lingo yang disediakan berbeza bentuk serta warna bagi memudahkan anda mencari jenis barangan yang disimpan.

Selain itu, siri Kusiner, set penyimpanan yang disediakan untuk kanak-kanak membolehkan anda mengumpulkan barangan 'berselerak' pada satu bakul penggantung khas yang mudah dicapai kanak-kanak agar bilik mereka kelihatan lebih kemas dan bersih.

Eksekutif Komunikasi Pemasaran Ikea, Tracy Pang berkata, Ikea percaya perancangan yang baik, idea bijak dan penggabungan dalam memilih perabot bersesuaian boleh menyediakan ruang penyimpanan yang lebih luas di luar jangkaan seseorang.

Beliau memberitahu, Ikea percaya perancangan bukan hanya apabila seseorang dapat menyediakan ruang untuk menyimpan barangan mereka tetapi juga mencari ruang bersesuaian untuk meletakkannya.

"Daripada dapur, bilik mandi, bilik tidur dan pejabat, penyimpanan yang baik boleh diperoleh apabila anda mampu menyelesaikan masalah tempat menyimpan koleksi dengan baik.

"Selain daripada rangkaian siri ini, kami turut menyediakan produk lain pada promosi hebat kali ini iaitu tempat meletakkan pakaian kotor yang menjimatkan ruang.

"Kami turut memperkenalkan sistem penyimpanan bagi menyimpan hiasan, baju, peralatan dan buku lama," katanya.

Justeru, bagi pemilik kediaman yang berdepan dengan masalah ruang penyimpanan terhad, jangan melepaskan peluang mendapatkan rangkaian barangan itu di gedung perabot yang kini terdapat di 37 buah negara termasuk di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: