Friday, June 18, 2010

Ribuan Yahudi berarak di Bnei Brak


RIBUAN penduduk Yahudi berhimpun bagi membantah keputusan Mahkamah Agung di Bnei Brak, Israel semalam.


BAITULMUQADDIS – Dianggarkan 50,000 penganut Yahudi pelampau Ortodoks berarak di sini dan di bandar Bnei Brak dekat Tel Aviv semalam bagi membantah satu keputusan Mahkamah Agung Israel, kata seorang jurucakap polis, Micky Rosenfeld.

Ribuan anggota polis diletak dalam keadaan berjaga-jaga dan dikerah bagi mengawal lalu lintas selepas beberapa laluan dipenuhi puluhan ribu penunjuk perasaan yang marah dengan keputusan mahkamah tersebut.

Mahkamah itu menjatuhkan hukuman penjara ke atas sekumpulan ibu bapa Yahudi yang berasal dari Eropah atau Ashkenazis kerana enggan menghantar anak perempuan mereka belajar di sekolah Yahudi untuk masyarakat Timur Tengah yang dianggap kurang menitik beratkan agama.

Kedua-dua kelompok itu memprotes hukuman tersebut yang dianggap sebagai gangguan pihak sekular terhadap hal ehwal agama.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: