CAPE TOWN - Anggota-anggota polis Afrika Selatan melepaskan tembakan renjatan elektrik bagi meleraikan satu tunjuk perasaan yang dilakukan oleh sejumlah pengawal keselamatan semalam, lapor rangkaian televisyen e-news.
Tunjuk perasaan itu dilakukan oleh pengawal keselamatan bagi meminta bayaran gaji selepas mereka bertindak meninggalkan tugasan di sebuah stadium utama Piala Dunia di sini.
Menurut laporan stesen itu, kira-kira 10 orang ditangkap apabila polis cuba meleraikan penunjuk perasaan dari luar pejabat syarikat keselamatan Stallion Security yang bertanggungjawab membekalkan pengawal keselamatan di stadium berkenaan.
Ekoran itu, pasukan polis dikerah untuk mengambil alih kawalan keselamatan di empat buah stadium Piala Dunia selepas mogok liar menuntut bayaran gaji tersebut berlangsung.
Kumpulan Cape Town yang disertai pengawal-pengawal itu berhenti kerja tiga jam sebelum perlawanan antara Itali dengan Paraguay pada Isnin lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: