Friday, June 18, 2010

Israel longgarkan sekatan Gaza


BEBERAPA penduduk Palestin duduk dekat barang-barang bantuan kemanusiaan yang diedarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di kampung Sanour dekat Jenin semalam.


BAITULMUQADDIS - Israel kini mula melonggarkan sekatan ke atas Tebing Gaza selepas rejim Zionis melakukan serangan ke atas konvoi kapal misi bantuan ke Gaza pada bulan lalu.

Penyelaras bekalan Palestin ke Gaza, Raed Fattouh berkata, satu senarai baru barangan telah diluluskan rejim Zionis termasuk semua barang makanan, permainan, alat tulis, perkakas dapur, tilam dan tuala.

Namun pemerintah Israel mengekalkan sekatan di laluan laut yang membabitkan aktiviti eksport di sepanjang pesisir pantai dan sebarang aktiviti import barang komersial seperti bahan binaan berskala besar selepas perang Gaza berakhir pada Januari 2009.

Satu kenyataan Israel dikeluarkan selepas satu mesyuarat Kabinet dengan menyatakan pemerintah negara itu bersetuju untuk meliberalisasikan sistem barang-barang awam dibawa memasuki Gaza.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: