KUALA LUMPUR - Pameran buku Read Malaysia '10 dijangka mampu menarik lebih 400,000 pengunjung berdasarkan sambutan hangat orang ramai sejak ia bermula Jumaat lalu.
Menurut Penyelaras Acara Mines Exhibition Management Sdn. Bhd. Chang Pui Ei, sehingga semalam lebih 150,000 orang telah menghadiri festival buku terbesar yang pernah diadakan di negara ini.
"Dengan sambutan yang mengalakkan ini, kita jangka dapat mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu 400,000 pengunjung sepanjang 10 hari pameran.
"Orang ramai jangan lepaskan peluang ini kerana anda akan mendapat pengalaman berbeza serta manfaat di pameran ini," katanya di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia, Mines Resort City di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: