Monday, June 7, 2010

Kempen 1Malaysia 1Halal berjaya


KEMPEN 1Malaysia 1Halal yang diadakan di Dewan 2020, Kangar mampu melonjak produk keluaran bumiputera ke persada antarabangsa.


KANGAR - Jadikan Kempen 1Malaysia 1Halal platform untuk ketengahkan produk setanding barangan luar negara.

Itu saranan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu kepada semua usahawan bumiputera khususnya dari negeri tersebut untuk membuktikan produk keluaran mereka berkualiti dan setanding barangan keluaran dari luar.

"Saya percaya hasil keluaran terutama dari negeri ini berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat global.

"Apa yang perlu dibuat sekarang adalah promosi yang lebih komprehensif, lagipun pengiktirafan negara ini sebagai pusat halal sedunia mampu membuka minat orang luar untuk mendapatkan produk dari negara ini," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Perlis terpilih sebagai destinasi pertama peringkat negeri bagi Kempen 1Malaysia 1Halal peringkat negeri yang diadakan dari Jumaat lalu dan berakhir semalam selepas edisi sulungnya di Masjid Negara, Kuala Lumpur Februari lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: