RACHEL BILSONAKTRES Rachel Bilson dan kekasihnya, Hayden Christensen kini sedang berehat daripada pertunangan mereka bagi menilai semula perasaan cinta mereka. Pasangan itu yang mengumumkan pertunangan mereka pada Februari 2009 selepas bercinta selama setahun. Tetapi kini mereka bercadang untuk berpisah seketika.
Menurut satu sumber: "Mereka hanya berpisah selama sebulan dan akan membuat keputusan sama ada untuk kembali bersama atau tidak."
Rachel yang berusia 28 tahun telah mengesahkan perpisahan itu baru-baru ini apabila dia muncul pada majlis tayangan filem Take No Prisoners di Los Angeles tanpa cincin pertunangannya.
Apabila ditanya perancangan perkahwinannya, dia menunjukkan tangan kirinya dan memberitahu majalah US Weekly: "Tidak, tidak ada perancangan. Tiada apa yang akan berlaku."
Pasangan itu bertemu pada set penggambaran filem Jumper dan dipercayai telah berpisah dua minggu lalu. Sementara itu, Rachel sebelum ini pernah bercerita mengenai keinginan dia memiliki anak bersama Hayden, 29.
Katanya: "Saya tidak perlu berkahwin sekarang. Saya sudah bersedia untuk melahirkan anak daripada mendirikan rumah tangga. Saya gembira dengan keadaan sekarang."
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: