Wednesday, June 23, 2010

Dua pengebom hotel dipenjara


WAJAH ROHMAT sebelum dia dibicarakan di sebuah mahkamah di Jakarta semalam.


JAKARTA - Dua anggota militan Islam dihukum penjara semalam kerana terlibat dalam kejadian pengeboman dua buah hotel mewah di Indonesia pada tahun lalu yang menyebabkan tujuh orang terbunuh.

Hakim sebuah mahkamah di Jakarta Selatan, Syamsudin berkata, Rohmat Puji Prabowo atau Bejo, dihukum penjara tujuh setengah tahun kerana melanggar undang-undang antikeganasan apabila dia memandu sebuah kereta yang membawa bahan letupan bersama ketua militan, Allahyarham Noordin Mat Top dari Malaysia di Pulau Jawa.

Dalam perbicaraan berasingan, mahkamah sama menjatuhkan hukuman penjara enam tahun terhadap Supono atau Kedu kerana membantu mengawal kereta Noordin semasa mereka bergerak ke serata pulau berkenaan.

Noordin yang berjaya mengelak daripada ditangkap selama lebih tujuh tahun sebelum dia dibunuh dalam satu pertempuran dengan polis pada September tahun lalu, merupakan perancang serangan Hotel Ritz-Carlton dan J.W. Marriott di sini pada Julai 2009.

Peguam-peguam Prabowo dan Supono memberitahu rayuan tidak akan dibuat tetapi pendakwa raya menyatakan mereka mungkin akan merayu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: