JOHOR BAHRU - Polis merampas sebanyak 2,165 biji pil ekstasi bernilai RM86,600 dan menahan 74 pengunjung selepas mereka didapati positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Bandar Baru Permas Jaya di sini semalam.
Dalam serbuan pada pukul 4.40 pagi oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman itu, polis turut menahan pemilik premis pusat hiburan itu yang berusia 40-an bagi membantu siasatan berhubung penemuan pil berkenaan yang dipercayai rampasan terbesar membabitkan dadah jenis itu di pusat hiburan pada tahun ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: