PADANG BESAR - Alliance Eco Energy (PS) Sdn. Bhd. (Alliance Eco), syarikat tempatan yang terlibat dalam pemprosesan produk berasaskan bahan kimia, telah berjaya menghasilkan sejenis bahan bakar alternatif yang dapat menggantikan diesel bagi kegunaan pelbagai sektor industri.
Teknologi yang diimport dari Korea itu menghasilkan bahan api daripadahasil kajian yang menggabungkan 45 peratus air dalam tanah, air hujan, air paip dan air sungai manakala baki 55 peratus lagi komponennya terdiri daripada 16 jenis bahan kimia.
Pengarah Urusan Alliance Eco, Teah Yeow Beng berkata, pihaknya akan mengkomersialkan bahan bakar tersebut dengan menggunakan jenama Banapi pada harga jualannya yang dijangka lebih rendah daripada diesel.
"Kami bercadang untuk Banapi pada harga RM1.40 seliter namun kami akan putuskannya kelak termasuk juga tarikh pengenalannya di pasaran tempatan," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: