KOTA BHARU - Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini merekodkan purata 10 pesakit barah payu dara setiap bulan dengan kira-kira separuh daripada jumlah itu meninggal dunia tidak lama kemudian, kata Penyelaras Pusat Sumber Kanser Payu Dara HUSM, Dr. Nik Munirah Nik Mahdi.
Beliau berkata, lebih membimbangkan sebahagian besar pesakit baru yang menerima rawatan itu dikesan di tahap keempat dan sukar untuk dirawati lagi.
"Ini sebenarnya menyebabkan penyakit barah sukar untuk dirawati apabila berada di tahap keempat dan kronik baru hadir untuk menerima rawatan di hospital.
"Mereka lebih percayakan bomoh atau dukun dengan alasan lain malu untuk menerima rawatan awal di hospital dan sikap inilah yang sangat mendukacitakan," katanya kepada pemberita di pusat itu di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: