KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau ingin melihat lebih banyak syarikat di negara ini menawarkan program latihan perantisan kepada graduan dan juga pekerja.
Perdana Menteri berkata, usaha yang bersungguh perlu dilakukan oleh masyarakat perniagaan bagi meningkatkan kemampuan semua aspek operasi dan pengurusan termasuk membangunkan tenaga kerja yang mempunyai nilai tambah.
"Dengan berbuat demikian, maka sebagai sebuah negara, kita mampu menjana pengeluaran lebih berkualiti menggunakan sumber tenaga tempatan yang terlatih, sejajar dengan matlamat kita menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi," katanya dalam blog beliau, 1Malaysia.
Najib berkata, beliau bangga dengan tenaga kerja tempatan tetapi seperti yang dinyatakannya semasa melancarkan Model Baru Ekonomi, iaitu hanya dengan mempunyai seseorang yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia tidak memadai kerana ia tidak selaras dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: