Thursday, June 10, 2010

Putri Anis kini Sri Ratu Saadong ke-7


PUTRI ANIS menerima keris daripada Pangeran Norman sebagai tanda pemasyhuran Sri Ratu Saadong Ketujuh di Kota Bharu kelmarin.


KOTA BHARU – Gelaran Sri Ratu Saadong Ketujuh kini secara rasmi disandang Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali, 24, yang sebelum ini muncul dengan pengakuan sebagai pewaris keturunan Puteri Saadong, wanita yang menjadi legenda dalam sejarah Kelantan.

Sebuah resort di sini menjadi saksi upacara pemasyhuran gelaran itu pada hari jadinya kelmarin.

Ia adalah simbolik kepada penemuan pencarian salasilah keturunan pemerintah Kelantan silam itu dan berakhirnya sumpahan tujuh keturunan puteri tersebut.

Puteri Saadong yang memerintah Kelantan pada 1667 bersumpah tidak akan menjejakkan kaki ke negeri itu sampai tujuh keturunannya sebelum menghilangkan diri sejurus membunuh suaminya, Raja Abdullah yang berkahwin lagi.

Baginda dikatakan membawa diri ke Indonesia.

Putri Anis telah dimasyhurkan sebagai Sri Ratu Saadong Ketujuh oleh wakil raja nusantara, Kanjen Pangeran Norman Hadi Negoro dan Kanjen Mas’ud Toyyib dari Keraton Surakarta Hadiningrat, Indonesia. Beliau dihadiahkan keris warisan.

Upacara itu disaksikan oleh pewaris-pewaris kesultanan dari pelbagai wilayah Indonesia yang hadir untuk memperakui Putri Anis sebagai pewaris Puteri Saadong yang dikatakan menghilangkan diri ke negara itu.

Upacara bersejarah itu dimulakan dengan keberangkatan masuk 20 raja serta sultan nusantara dari Indonesia dan Kepulauan Papua selain tetamu-tetamu kehormat.

Ibu bapa Putri Anis iaitu Raja Sazali Raja Hasan dan ibunya, Raja Fauziah Syed Yaacob bersama tiga lagi anaknya diiringi masuk ke dewan besar sebelum Putri Anis diiring masuk oleh beberapa ‘dayang’ dan bersemayam di singgahsana berwarna kuning.

Ia disusuli dengan acara pemakaian simbol darjat oleh pemegang amanah waris keenam Puteri Saadong yang juga ibu kepada Putri Anis, di samping pemakaian mahkota oleh Pangeran Norman.

11 comments:

  1. mengarut..saja nak mencari nama dia nie..muka dah la buruk..kalau elok perangai, bertudung ke boleh la consider sikit..haha.
    xpe ok la..dia nie dah ada facebook, cuma xleh nak add je..hehe..wtf!
    http://www.facebook.com/profile.php?id=1123840570

    ReplyDelete
  2. Baru sekarang mengaku keturunan Puteri Saadong?Ada tak buku sejarah tentang Puteri Saadong?Kalau ada boleh beli dan baca.

    ReplyDelete
  3. ambe gembira hak dinanti doh tubik.
    Mintak hubungi ambe ada pesanan nak royat.

    wasllam
    cguismail@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  4. pasni ada la royalti ke elaun yg nak dituntut tu..kerja nak menghabiskan duit rakyat yg kerja keras siang malam membanting tulang membayar cukai..

    ReplyDelete
  5. sama je dgn si "waris" si mahsuri..tudung x pakai..buruk..jauh beza dgn lagenda puteri saadong yg dikatakan seperti "wanita lindungan tuhan"..kalau bertudung litup kan cantik..nampak la keislaman dan kemelayuan tu tinggi sikit.

    ReplyDelete
  6. Pada saya itu xpntg ,yg pntg apa yg warisni bwk pd masyarakatnya sbb klu benar sekalipun tp xda manfaat pd rakyat xda guna.....

    ReplyDelete
  7. Majlis ni tertutup dan hnya keturunan yg terkait shj..lbh baik kita xpyh bahaskan siapa dia yg pntg apa mnfaatnya kewujudannya..sekalipun benar keturunan tp tdk membawa faedah pada masyarakat setempat xda guna.kalau benar apa yg sy dngr dia ada nk buat nusantara golden age melalui penubuhan yayasannya dan 50persen sdh berjaya ,tngl 50persen lg utk dinampakkan pd masyarakat..museum atau galeri utk dia bw pulang brg pesakanya jg sdg dlm proses disiapkan dan itu tdk sentuh duit kerajaan negeri atau duit rakyat kelantan..itu yg saya dngrla dr personal assistant nya yg asal dr kb gak.

    ReplyDelete
  8. apala korang ni, putri2 zaman dulu kala mana ada bertudung lingkup . nk bertutup macam kearab-araban pergi ke padang pasir la .wanita lindungan tuhan itu bermksd wanita yg terpilih di antara terpilih ygmn rohnya terpelihara dlm keadaan suci smpai bertemu keturunan nya yg juga suci.xkira la pompuan ni atau org lain.proses ni xkn terhenti hngalah kiamat mndtg.

    ReplyDelete
  9. Takpelah apa2 jelah

    ReplyDelete
  10. apasal mat-mat indon pulak yg kena memperakui dia ni worih....bukan ke ada PESAKA ke....sultan-sultan dari Malaya sendiri ke untuk dapatkan perakuan...

    ReplyDelete
  11. KALU TOK KENAL
    MAKA TIADA CINTA
    KALU DAH KENAL
    ADA RASA

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: