
KABUL - Perdana Menteri Britain, David Cameron membawa mesej daripada orang paling penting buat masa ini buat England iaitu jurulatih pasukan bola sepak England, Fabio Capello untuk askar-askar Britian di Afghanistan semalam.
Cameron yang membaca mesej itu berkata: "Semasa pemain-pemain menerima sokongan daripada penduduk, ketika kami akan memulakan sepak mula di Piala Dunia, adalah penting untuk anda mengetahui betapa pentingnya semua usaha anda kepada para pemain dan kakitan pasukan England.
"Khidmat berani anda untuk negara anda amat bermakna kepada para pemain dan kami semua menghormati pengorbanan yang anda dan keluarga anda lakukan."
Perdana Menteri Britain itu membaca mesej itu kepada ratusan askar Britain di Kem Bastion di Afghanistan.
Cameron membuat lawatan pertama ke negara itu sejak menjadi ketua kerajaan pada bulan lalu.
Britain menghantar sejumlah anggotanya ke Afghanistan untuk menstabilkan negara berkenaan yang kini dilanda peperangan dengan kumpulan militan Taliban. Pasukan England akan menentang Amerika Syarikat awal pagi esok.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: