OLDHAM, England - Sepasang suami isteri, Mark Thompson, 45 dan isterinya Karen sanggup menghabiskan wang sebanyak £400 (RM1,910) untuk menukar ruang tamu rumah mereka di sini menjadi sebuah stadium bola sepak, lapor sebuah akhbar semalam.
Ruang tamu itu dihiasi dengan kertas dinding bercorak logo England dan lukisan sebuah stadium.
Bendera England digunakan sebagai alas meja selain karpet berwarna hijau dengan garisan kotak penalti di ruang tamu rumah mereka.
Mereka yang sudah berkahwin selama 12 tahun dan mempunyai tiga orang anak tidak sabar untuk menjadi hos parti Piala Dunia apabila rakan-rakan serta ahli keluarga datang ke rumah.
"Kami akan menonton semua perlawanan di rumah. Selain membuat tema makanan bagi setiap perlawanan. Kami akan makan burger untuk perlawanan melibatkan Amerika Syarikat (AS) dan kari jika pasukan Algeria beraksi," kata Mark.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: