MELAKA: Pesta Masakan Warisan Melaka 2010 yang bermula semalam, menonjolkan sebanyak 137 jenis makanan tradisional masyarakat berbilang kaum di negeri ini.
Pesta tiga hari yang diadakan di Jalan Kota Bandar Hilir di sini, bertemakan Majlis Harijadi Masyarakat Melaka dan memaparkan masakan tradisional kaum Melayu, Cina, India, Baba Nyonya, Chetti, Portugis, Orang Asli dan Sikh.
Antaranya ialah Apam Labu dan Pulut Kukus (Melayu), Loh Mee, Sup Kacang Merah (Cina), Jilebi, Athirasam (India), Gading Galoh, Abok-Abok (Baba Nyonya), Sayur Manis Goreng Kelapa, Taibak (Chetti), Semur Baker, Agar-Agar Cermin (Portugis), Bingka Jagung, Kari Ayam Dalam Buluh (Orang Asli), Jelabi dan Barbhi (Sikh).
Pesta keenam anjuran Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dengan kerjasama Tourism Malaysia itu dirasmikan isteri Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datin Faridah Jaafar hari ini.
Selain itu, pesta tersebut turut dimeriahkan dengan demonstrasi masakan, persembahan kesenian, pertandingan menghias kek, pertandingan teka berat kek serta buah-buahan dan pertandingan mewarna.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: