Sunday, June 6, 2010

5,000 Hadir Jamuan Teh Diraja Sempena Keputeraan Yang di-Pertuan Agong

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah memotong kek di majlis Jamuan Teh Diraja sempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda di Istana Negara, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 5,000 orang hadir pada majlis jamuan teh diraja sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di perkarangan Istana Negara di sini hari ini.

Seri Paduka berangkat ke majlis itu dengan diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berserta dua anakanda baginda, Tengku Nadhirah Zahrah dan Tengku Fatimatuz Zahra'.

Majlis tersebut turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah, anggota kerabat diraja, menteri-menteri Kabinet dan isteri masing-masing serta orang kenamaan dari dalam dan luar negara juga hadir.

Majlis tersebut turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Pada majlis itu, Tuanku Mizan turut memotong kek keputeraan selain meluangkan masa beramah mesra dengan para tetamu.

Majlis itu dimeriahkan dengan persembahan orkestra dan kumpulan kebudayaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, artis Hazami dan Jaclyn Victor.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: