Sunday, June 6, 2010

'Doktor Terbang' Terima Gelaran Tan Sri

KUALA LUMPUR: Timbalan presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Dr M.Jegathesan (gambar) dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran 'Tan Sri' sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini.

Dr Jegathesan, 67, pada zaman kegemilangannya sebagai atlet pada tahun1960-an dikenali dengan jolokan 'Doktor Terbang', merupakan pemegang rekodkebangsaan bagi acara 200m, sehingga kini.

Beliau mencatat kepantasan 20.93 saat dalam acara 200m pada Sukan OlimpikMexico pada 1968 dan merupakan penerima anugerah pertama Olahragawan Negara pada 1966 selepas mengutip tiga pingat emas pada Sukan Asia di Bangkok, pada tahun yang sama.

Dr Jegathesan juga merupakan pengerusi Agensi Anti Dadah Malaysia dalamsukan (ADAMAS), penasihat Perubatan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), pengerusi Suruhanjaya Perubatan Majlis Olimpik Asia (OCA) dan ahli Suruhanjaya Perubatan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: