Thursday, June 10, 2010

Peguam tarik balik kenyataan


DARLING lega dan menganggap namanya telah dibersihkan ekoran kes lama terhadapnya telah ditarik semula.


HUH! Kecoh satu Malaya apabila pelakon kecil molek yang kini sudah berumah tangga, Darling Ngasri disaman kerana kes pecah amanah pada pertengahan tahun 2008 oleh rakan kongsinya sendiri.

Darling dan rakan kongsinya itu, Mohd. Ridzuan, sebelum ini bersetuju memiliki jumlah perkongsian sebanyak 50 peratus setiap seorang dalam syarikat Nasridz Pictures Sdn. Bhd. yang dimiliki secara bersama.

Bagaimanapun, Darling didakwa atas tuduhan menggunakan dokumen cagaran berharga palsu syarikat tersebut dan kes yang membabitkan Darling atau nama sebenarnya Nasreen Ngasri telah pun dibawa ke mahkamah, malah masih dalam proses perbicaraan.

Terbaru, khabar yang Marilyn terima peguam yang mewakili Ridzuan telah menghantar notis kenyataan akhbar untuk menarik balik semua kenyataannya terhadap Darling dalam satu sidang media yang diadakan pada 2008.

Kenyataan akhbar itu berbunyi: "Saya, Jefree Zain Affendi Yunan daripada Tetuan Zairul Zain & Syed dan telah bertindak mewakili anak guam saya Mohamad Ridzuan Mat Hussin, dengan ini secara tidak terhad dan dengan ikhlas menarik balik segala pengataan-pengataan (kenyataan-kenyataan yang telah saya buat tentang Nasreen Ngasri satu sidang akhbar pada 29 Mei, 2008."

Ermm... Darling yang dihubungi Marilyn memberitahu dia berasa sedikit lega apabila peguam yang mewakili rakan kongsinya itu menarik balik kenyataannya sebelum ini.

"Saya anggap nama saya telah dibersihkan dan saya akui sedikit tertekan kerana kes ini. Sebagai manusia saya tidak dapat lari daripada masalah.

"Saya tidak pernah menyesal perkara ini berlaku kepada saya kerana ia satu pengajaran yang banyak mematangkan saya dalam kehidupan," katanya.

Walaupun begitu, tahniah Marilyn ucapkan kepada Darling kerana baru menyambut ulang tahun perkahwinannya yang pertama pada 30 Mei lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: