KAJANG - Tindakan jahat seorang penjenayah melanggar seorang anggota polis dengan sebuah kereta yang baru dicurinya mengundang padah apabila dia ditahan selepas dikejar sejauh 1.5 kilometer dalam kejadian di Fasa 2, Bandar Tasik Kesuma di sini kelmarin.
Kejadian pukul 2 petang itu berlaku apabila suspek berusia 24 tahun tersebut dikejar oleh tiga anggota polis ketika dia melarikan sebuah kereta Proton Saga yang dicuri di sebuah bengkel di sini.
Tiga anggota yang menyedari kejadian itu kemudian terus mengejar suspek hingga ke kawasan Bandar Rinching, Semenyih.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, suspek yang gagal melarikan diri kemudian menghentikan kereta itu sebelum salah seorang anggota polis cuba mendekatinya.
"Tanpa diduga, suspek telah bertindak agresif dengan melanggar motosikal mangsa hingga mengalami cedera teruk.
"Dua anggota lagi yang melihat kejadian itu kemudian telah mengejar kereta suspek sejauh dua kilometer sebelum dia dapat ditahan," katanya ketika ditemui di Hospital Kajang di sini semalam.
Tambahnya, pemeriksaan mendapati suspek pernah ditahan pada tahun 2008 di Seremban kerana memiliki senjata api tiruan dan kini ditahan reman bagi membantu siasatan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: