Monday, June 28, 2010

Mogok anjuran parti pembangkang lumpuhkan Dhaka


SUASANA lengang di Dhaka akibat mogok anjuran Parti Nasionalis Bangladesh semalam.


DHAKA - Seorang ahli parlimen cedera dan sejumlah lagi aktivis ditangkap semalam semasa satu mogok seluruh negara berlangsung buat kali pertama sejak Disember 2008, kata polis.

Jurucakap polis, Walid Hossain berkata, sekurang-kurangnya 12,000 anggota polis dan pasukan elit khas ditempatkan di bandar raya ini bagi mengelak keganasan.

Kebanyakan pejabat swasta, sekolah dan kolej ditutup di sini dan di bandar pelabuhan utama, Chittagong.

Mogok itu anjuran Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) yang menjadi pembangkang.

Menurut Walid, seorang anggota Parlimen parti itu cedera semasa satu pertempuran antara penyokong antimogok dengan promogok berlaku di Universiti Dhaka.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya 131 aktivis pembangkang ditangkap dalam satu operasi.

Kebanyakan aktivis itu ditangkap semasa mereka membakar dan merosakkan sejumlah kenderaan pada malam kelmarin.

Mogok itu diadakan kerana parti BNP menganggap pihak pemerintah gagal menyediakan kemudahan asas kepada rakyat seperti bekalan air, elektrik dan minyak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: