Sunday, June 20, 2010

Mimpi buat lirik




LELAKI 'Adrenalin' ini sedang enak mempromosikan album keduanya yang diangkat sebagai Anugerah Album Terbaik dan Album Rock terbaik pada malam Anugerah Industri Muzik Ke-17 (AIM17) baru-baru ini. Dalam satu wawancara bersama Faizal Tahir, ayah kepada tiga orang cahaya mata ini pernah menyatakan bahawa kehadiran Audi Mok selaku orang kuat di belakangnya adalah untuk menuetralkan keghairahan dalam dirinya.

"Audi sentiasa bertindak meneutralkan saya. Kalau lagu-lagu saya kedengaran terpesong kepada idola saya atau kedengaran sama dengan lagu-lagu yang sedia ada, Audi merupakan individu yang bertindak melaras semula muzik saya daripada tersasar," jelasnya. Freddie Mercury merupakan individu yang paling berpengaruh dalam dirinya. Berikutan pengaruh dan populariti yang ada dalam diri seorang Faizal Tahir, dia kini diangkat sebagai duta kempen Bebaskan Bumi Palestin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: