|
|
SETIAP kali melintasi restoran yang terletak di tingkat dua Jusco Tebrau City di Johor Bahru, mata penulis pasti tertancap dekorasi dalamannya. Memang kreatif apabila ruang lot niaga yang sekangkang kera itu dihiasi pepohon rimba selain terdapat ruang makan di bahagian atas.
Ukiran pada dinding batu restoran menggambarkan kota lama begitu mempersonakan dan kelihatan amat eksklusif.
Itulah keistimewaan Restoran Sizzling Stonegrill. Pemiliknya, Datuk Freddie Long Hoo Hin mahu setiap pelanggan merasai pengalaman menyediakan menu sihat tanpa menggunakan api dan minyak.
Daging ayam, lembu, burung unta dan hidupan laut yang dihidangkan mentah dan pelanggan memanggangnya sendiri.
“Inilah keunikan restoran ini apabila pelanggan dapat memasak sendiri bahan mentah itu di atas batu gunung berapi yang diimport khas dari Australia.
“Terserahlah kepada mereka sama ada ingin memanggangnya dalam keadaan suku atau separuh masak selain boleh direbus jika memilih menu masakan seperti tom yam dan sup,” kata bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Stulang itu.
Freddie menambah, batu gunung berapi memiliki kepanasan suhu 400’c dan mampu bertahan selama 40 minit selepas dipanaskan tiga jam sebelum itu.
Suhu panas itu dapat memerangkap jus asli di dalam daging bagi mengekalkan kemanisan rasa.
“Pelanggan Islam tidak perlu meragui status halal di sini kerana semua bahan mentah seperti daging lembu dan kambing diimport mendapat sijil halal dari New Zealand Islamic Meat Management.
Turut ditampilkan tiga resipi sos turun temurun keluarga iaitu sos cili, sos lada hitam dan sos makanan laut.
Antara menu yang menjadi pilihan adalah Tomyam Seafood, Grill Mixed Imported Seafood selain makanan sampingan seperti nasi goreng dan pelbagai salad.
Walaupun restoran itu mengutamakan ciri-ciri eksklusif namun harga yang ditawarkan amat berpatutan dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
Menurutnya, pelanggan pasti terkejut jika mengetahui harga menu bermula serendah RM6 hingga RM39.90.
Restoran Sizzling Stonegrill beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.
Restoran itu turut beroperasi di City Square, Tebrau City, Jusco Bukit Indah dan Jusco Melaka. dengan jumlah kakitangan melebih 100 orang.
i loved this restaurant.kesemua cawangan restoran ini saya sudah pergi. tapi sy sudah berpindah di shah alam.di sini tiada lagi restoran ini.dissapointed.buka la satu cawangan kat sini..
ReplyDelete