SETIAP individu mempunyai saiz dan jenis bulu mata yang berbeza mengikut genetik dan latar belakang keluarga. Ada yang nipis serta pendek dan ada juga yang panjang lentik semula jadi.
MATA MENAWAN...maskara khas dicipta bagi memenuhi keperluan wanita Asia.
Dengan bantuan kuasa solekan di kawasan bulu mata, ia bukan saja mencipta kelainan, malah membantu mata kelihatan lebih besar dan galak.
Tampil membantu wanita mendapatkan bulu mata cantik, lentik, lebat dan panjang secara semula jadi, jenama kosmetik terkenal, Lancome memperkenalkan maskara terbaru, Virtuose Precious Cells (VPC), untuk melengkapi rangkaian sedia ada, juga sempena meraikan ulang tahun ke-75.
Pengurus Produk Kanan Solekan Lancome, Kelly Tan berkata, penghasilan maskara pertama yang dikeluarkan jenama itu 40 tahun lalu membuka jalan bagi pihaknya untuk menawarkan penyelesaian saintifik bagi wanita dalam mencantikkan mata mereka.
"Pihak kami menggunakan ilmu sains dengan sebaiknya bagi memberi produk solekan bulu mata yang cantik sempurna untuk wanita.
"Sebelum ini, kami mengeluarkan pelbagai jenis maskara. Empat yang terlaris adalah maskara kalis air Lancome Hypnose, L Extreme, Oscillation Power Vibrating dan Oscillation PowerBooster sebelum produk yang terbaru diperkenalkan, VPC," katanya.
Menurut jurusoleknya, Zamri Zainol, maskara dwifungsi itu dibangunkan khas untuk wanita Asia kerana ia membantu menjaga, melebat dan memanjangkan lagi bulu mata.
Maskara berkenaan mempunyai berus berpaten untuk membantu memanjangkan bulu mata daripada akarnya manakala formula uniknya mampu menjadikan bulu mata lebih lentik secara semula jadi.
"Kesan istimewa ini tidak mampu dihasilkan mana-mana berus biasa ataupun pelentik bulu mata.
"Ia tidak bergentel walaupun selepas beberapa kali penggunaan dan istimewanya, maskara yang sudah pun berada di pasaran ini mampu bertahan selama 12 jam," katanya.Zamri berkata, panjang minimum bulu mata wanita ialah empat milimeter dan maksimum boleh mencecah sehingga sembilan milimeter.
Mereka yang mempunyai jenis mata tebal dan bengkak biasanya memiliki bulu mata lebih pendek dan saiznya biasa ditentukan dengan menggunakan pembaris khas.
Zamri menyarankan wanita mendapatkan diagnosis khusus untuk bulu mata mereka sebelum membeli sesuatu maskara kerana ia mempunyai kesan yang berbeza.
"Sebagai contoh, sekiranya bulu mata anda pendek dan jarang, kami mengesyorkan anda menggunakan maskara Oscillation kerana ia membantu mendapatkan kesan bulu mata yang lebih panjang.
"Kami turut menggalakkan wanita belajar menggunakan teknik aplikasi yang betul kerana setiap berus maskara menghasilkan kesan berbeza.
"Jika salah teknik memakainya, ia mungkin tidak akan dapat menghasilkan kesan seperti yang diinginkan," katanya.
Selain itu, Zamri turut mengesyorkan supaya wanita mengambil berat mengenai penjagaan kesihatan bulu mata dengan memakai produk penjagaan bersesuaian terutama yang mengandungi minyak jojoba.
"Ramai wanita tidak mengambil peduli mengenai penjagaan bulu mata sedangkan ia amat perlu untuk memastikan bulu mata kekal sihat dan cantik.
"Jika bulu mata dapat disuburkan dengan baik, ia bukan saja dapat tumbuh dengan lebat tetapi juga lebih panjang berbanding biasa.
"Dengan gabungan kecanggihan teknologi, kepakaran teknik dan kesihatan bulu mata itu sendiri, tidak mustahil wanita mampu menonjolkan kejelitaan sebenar yang mereka miliki," katanya.
Tip memakai maskara daripada Zamri:
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: