Friday, June 11, 2010

Liyana meriahkan Read Malaysia


LIYANA JASMAY (dua dari kanan) mengendalikan satu aktiviti permainan dengan
kanak-kanak semasa pameran Read Malaysia '10 di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Pelakon remaja terkenal, Liyana Jasmay memeriahkan hari ketujuh Pameran Read Malaysia '10 di Pusat Pameran Konvensyen Antarabangsa Malaysia, Mines Resort City di sini semalam.

Kemunculan Liyana pada sesi interaksi bersama peminat itu menarik perhatian pengunjung dan mereka tidak melepaskan peluang mendapatkan autograf dan bergambar bersama pelakon dan juga penyanyi tersebut.

Liyana ketika ditemui mengakui bahawa ini adalah kali pertama beliau terlibat dalam pesta buku dan berinteraksi bersama pengunjung dari kalangan kanak-kanak yang berbilang bangsa.

"Sebelum ini saya hanya bermain dengan anak saudara saya. Hari ini (semalam) saya berasa sangat seronok dapat bertemu ramai kanak-kanak apatah lagi dalam acara yang bermanfaat seperti ini," katanya.

Liyana berpendapat, pameran buku amat baik untuk memberi pengetahuan dan memupuk minat membaca di kalangan kanak-kanak.

"Buku yang kita baca melambangkan siapa diri kita yang sebenar dan personaliti kita apabila dewasa kelak.

"Semasa kecil, saya selalu membaca buku tentang Elmo, Big Bird dan watak-watak dalam rancangan Sesame Street. Buku-buku seperti ini amat baik untuk kanak-kanak dan akan membentuk jati diri mereka apabila dewasa," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: