Friday, June 11, 2010

29 produk tempatan tembusi pasaran antarabangsa


DAUD (tengah) meletakkan plak perasmian sambil diperhatikan Pengerusi MFA, Datuk Nadzmi Salleh (kirI) dan Naib Pengerusi MFA, Datuk Mohd. Latip Sarrugi di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Sebanyak 29 produk tempatan telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa menerusi sistem francais yang diusahakan kerajaan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, antara francais tempatan yang berjaya sehingga April lalu ialah Reliance Travel, Marrybrown, Smart Reader, D. Tandoor, Daily Fresh dan Secret Recipe.

Kejayaan itu, kata beliau, adalah hasil penglibatan syarikat francaisor tempatan yang bilangannya semakin meningkat dalam menyer

tai misi perdagangan ke luar negara anjuran kerajaan.

"Situasi ini menggambarkan betapa agresifnya francaisor-francaisor tempatan kita dalam membantu usaha kerajaan memantap dan memperkukuhkan lagi industri francais negara," katanya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Francais Malaysia (MFA) di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Daud Tahir.

Sehingga Mac lalu, katanya, sebanyak 282 sistem francais tempatan dan 128 sistem francais luar negara telah berdaftar dengan Pendaftar Francais di negara ini sekali gus menggambarkan pertambahan produk dan perkhidmatan francais tempatan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: