Wednesday, June 23, 2010

Gaya sopan ke pejabat


Dres panjang merah garang bercorak pakis ini cantik untuk ke acara malam.


Bertudung tidak menyekat wanita muslimah untuk bergaya dengan fesyen-fesyen pakaian kesukaannya. Seperti mereka yang tidak bertudung, wanita muslimah juga berhak memakai pakaian cantik dan dipandang menarik oleh orang lain.

Pelbagai fesyen pakaian boleh digayakan asalkan menutup aurat, tidak jarang dan longgar. Terdapat juga bermacam-macam rekaan tudung yang boleh dipadankan dengan pakaian yang dipakai.

Bagi wanita yang bekerja, mereka juga mempunyai banyak pilihan untuk disesuaikan pada setiap hari. Selain baju kurung tradisional, terdapat juga rekaan lain yang sesuai untuk ke pejabat seperti baju kurung moden, dres labuh atau blaus dan seluar.

Selain potongan yang selesa dan corak serta warna pakaian yang cantik, jenis fabrik turut diambil kira. Ini kerana wanita yang bekerja mahukan jenis fabrik yang selesa dipakai di dalam cuaca panas.

Jenis-jenis fabrik seperti kain kapas, krep, syifon dan sutera ternyata memberikan keselesaan baik semasa berada di dalam pejabat mahu pun di luar.

Sebagai pakaian ke pejabat, fesyen yang dipilih haruslah sederhana dan tidak berlebihan. Tentunya anda tidak mahu pakaian yang tersarung di tubuh anda menjadi perhatian atau bisikan teman-teman.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: