Saturday, June 12, 2010
Lelaki rogol dua anak teman wanita
AYER KEROH - Seorang pekerja hotel bernafsu syaitan tergamak merogol dua anak teman wanitanya ketika ibu berusia 43 tahun itu bekerja.:
Akibat perbuatan itu, Azharamli Usop, 24, yang mengaku bersalah atas dua pertuduhan itu dihukum penjara 15 tahun dan tiga sebatan Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh berkulit cerah dan berkaca mata itu didakwa merogol anak pertama teman wanitanya yang berusia sembilan tahun pada 5 Jun lalu, di sebuah rumah di Taman Nirwana Daerah Melaka Tengah kira-kira jam 6 petang.
Bagi tuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan cubaan rogol ke atas anak kedua berusia lima tahun, pada 3 Mei lalu di tempat sama kira-kira jam 4 petang.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan bagi pertuduhan pertama dan tuduhan kedua mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Sebelum hukuman dijatuhkan, tertuduh dalam rayuannya meminta mahkamah meringankan hukuman terhadapnya dengan alasan mempunyai seorang anak perempuan berusia empat tahun yang dijaga ibunya.
“Kalau boleh saya mahu dipenjarakan di Melaka kerana memudahkan kakak melawat saya,” katanya yang berasal dari Serian, Sarawak.
Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahida Md Nor dalam pendakwaannya meminta mahkamah menghukum tertuduh seberat-beratnya kerana perbuatan jijik itu, tambahan membabitkan kanak-kanak.
“Sepatutnya kanak-kanak adalah golongan dilindungi dan bukan untuk disakiti. Saya percaya apabila mereka dewasa kelak, mereka pasti inginkan satu pembelaan dan satu hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh,” katanya.
Selain itu, Farah Wahida berkata, hukuman berat juga boleh memberi pengajaran kepada masyarakat.
Zaharah yang mendengar hujah kedua-dua belah pihak kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga kali sebatan bagi pertuduhan pertama dan lima tahun penjara bagi pertuduhan kedua.
Mengikut fakta kes, tertuduh yang tidak diwakili peguam melakukan cubaan merogol dalam bilik air dengan memancutkan air maninya di dinding, manakala seorang lagi dirogol dalam bilik.
Sementara itu, seorang lagi lelaki yang didakwa merogol seorang perempuan bawah umur dihukum penjara tujuh tahun dan tiga kali sebatan di mahkamah sama.
Mohd Safuan Rosalan, 25, yang mengaku bersalah dihukum kerana merogol seorang kanak-kanak berumur 13 tahun di sebuah rumah di Kesang, Jasin.
Safuan dalam rayuannya meminta diringankan hukuman kerana keluarganya golongan susah dan ada adik-beradik yang masih bersekolah.
Bagaimanapun, Farah Wahida memohon mahkamah memberi hukuman berat kerana berdasarkan kes terdahulu, hukuman diberikan seolah-olah tidak memberi kesan dan pengajaran kepada tertuduh dan ma- syarakat.
Zaharah menjatuhkan hukuman tujuh tahun dan tiga kali sebatan mengikut Seksyen yang sama dengan Azharamli.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: