Saturday, June 12, 2010
Bersara umur 60
PETALING JAYA - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan supaya melanjutkan umur persaraan bagi sektor swasta kepada 60 tahun sebagai langkah untuk mengekalkan modal insan dan meningkatkan produktiviti.
Naib Presidennya, A. Balasubramaniam berkata, pada masa ini, sektor swasta mengikut umur persaraan sektor awam sebelum ini iaitu 55 tahun kerana tidak ada undang-undang yang mensyaratkan sektor swasta menetapkan had umur persaraan.
Katanya, MTUC mencadangkan supaya kerajaan yang bercadang meminda Akta Pekerjaan 1955 supaya memasukkan umur persaraan mandatori 60 tahun.
“Kerajaan telah meningkatkan umur persaraan sektor awam kepada 58 tahun tetapi sektor swasta masih lagi pada umur 55 tahun yang nyata masih terlalu muda untuk bersara,” katanya.
Beliau berkata, majoriti pekerja yang berumur 55 tahun masih sihat dan boleh menyumbang melalui kemahiran dan pengalaman luas yang dimiliki.
Katanya tambahan lima tahun perkhidmatan itu akan membantu tenaga kerja sektor swasta melanjutkan pinjaman perumahan dan komitmen terhadap pendidikan anak-anak mereka dan juga menyimpan lebih banyak untuk persaraan mereka melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: