Thursday, June 3, 2010

Lelaki letup rumah kekasih

LONDON: Selepas meletupkan rumah bekas pasangannya, seorang pemandu teksi muncul dari runtuhan bangunan itu sambil ketawa besar.

KERANA WANITA...orang ramai melihat kerosakan rumah Jane di  Kemsley, Kent, selepas dibakar bekas teman lelakinya.
KERANA WANITA...orang ramai melihat kerosakan rumah Jane di Kemsley, Kent, selepas dibakar bekas teman lelakinya.
Apabila jiran bertanya apa yang berlaku, Alistair Gray hanya menjawab: “Panjang ceritanya.”

Gray - dihukum penjara enam tahun, semalam - didakwa menunggu sehingga teman wanitanya, Jane Thornton, keluar ke tempat kerja pada waktu pagi sebelum memasuki rumah berkenaan dan melonggokkan pakaian di ruang tamu.

Dia kemudian menyalakan api di situ.

Tidak cukup dengan itu, Gray mengunci anjing labrador Jane di dalam rumah dan mencurah petrol ke tiga bilik tidur dan melarikan diri.

Semuanya gara-gara Jane memutuskan hubungan mereka yang terjalin selama empat tahun.Akibat api terlampau marak, rumah Jane meletup tetapi Gray, 38, sempat merangkak keluar dan tidak mengalami kecederaan serius.


Pendakwa, Edmund Burge, memberitahu mahkamah Maidstone di Kent, gegaran letupan itu menyebabkan jiran sekitar terkejut ketakutan dan kelam-kabut keluar dari rumah.

“Mereka nampak Gray ada berhampiran rumah itu sambil ketawa berdekah-dekah,” katanya.

Sebelum pasangan sepejabat itu menghadapi masalah, mereka tinggal bersama di Kemsley.

Akibat kejadian itu, Jane, 38, mengalami kerugian kira-kira RM280,224, termasuk sejumlah wang yang disimpan di rumahnya.

Nilai kerosakan harta benda jiran Jane pula dianggarkan bernilai RM357,577.
Menurut Grey, dia menyesal kerana melakukan perbuatan itu dan berharap dapat menebus kesilapannya.

Namun, kata Jane, Grey tidak pernah meminta maaf kepadanya atau menjelaskan mengapa bertindak begitu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: