KUMPULAN Malayan Banking Berhad (Maybank) mencatatkan peningkatan jumlah deposit sehingga RM2 bilion sepanjang empat bulan pertama tahun ini hasil pelancaran fasa pertama Kempen Ganjaran Ulang Tahun Maybank ke-50 bermula Januari lalu.
TAHNIAH...Lim (dua dari kanan) menyampaikan hadiah utama bernilai RM200,000 kepada pemenang fasa pertama kempen, Datin Raja Massaha Raja Harun, semalam.
“Kami menjangka jumlah deposit yang lebih tinggi berikutan kempen ini diteruskan sehingga fasa ketiga,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang kempen berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata, bagi deposit simpanan, peningkatan dicatatkan 26.8 peratus, semasa (16.9 peratus) dan simpanan tetap (15 peratus).
“Jumlah deposit dicatatkan itu menjadi penyumbang utama kepada peningkatan segmen pasaran saham Maybank sebanyak 9.7 peratus berbanding rekod biasa dicatatkan dalam industri iaitu 4.5 peratus,” katanya.
Menurutnya, jumlah deposit yang diterima mencecah RM76 bilion dengan segmen simpanan dan simpanan tetap menjadi penyumbang terbesar iaitu 48 peratus.“Setakat ini, Maybank masih mendahului senarai institusi perbankan lain berikutan sambutan menggalakkan diterima bagi kempen ulang tahun ke-50 ini,” katanya.
Katanya, kempen itu diadakan sebagai menghargai sokongan pelanggan dan kempen sama akan diteruskan untuk fasa kedua dan ketiga yang menjanjikan hadiah lebih lumayan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: