Tuesday, June 1, 2010

Lady Gaga belanja AS$5,000 tempah ‘pendinding’ dari roh jahat

Hanya kerana mempercayai dirinya dipengaruhi roh-roh jahat, Lady Gaga sanggup mengeluarkan belanja sebanyak AS$5,000 untuk mereka satu pakaian khas seperti penghalau hantu bagi memastikan dirinya tidak diganggu roh jahat.

Sumber terdekat dengan penyanyi itu berkata, Gaga tidak kisah mengeluarkan sedikit wang asalkan dia dapat mengelak dari diganggu roh-roh jahat ketika membuat persembahan di London malam semalam.

Penyanyi yang popular dengan lagu Bad Romance, Paparazzi dan Pokker Face ini tidak kisah untuk bergaya pelik walaupun mendapat pandangan sinis dari sesetengah pihak.

Sebaliknya, anak kelahiran New York, Amerika Syarikat (AS), itu dilihat semakin galak menerokai fesyen pelik dan misteri.

Itulah keistimewaan Lady Gaga yang enggan membiarkan penampilan dan tata rias wajahnya berpaksikan fesyen mana-mana selebriti sebelumnya dan merasa begitu selesa mencipta busana dan dandanan rambut personal.

Menurut seorang sumber yang terdekat dengan artis itu, Gaga menganggap fesyen yang digayakan itu sebagai identiti dan imej dan berterima kasih kerana peminatnya sentiasa memberi sokongan.

“Gaga tidak pernah ambil peduli dengan kata-kata orang yang mengutuk caranya berfesyen, bagi Gaga apa yang digayakan hanyalah satu fesyen sahaja selain menganggap ia adalah satu cara untuk peminat mengenali dirinya,” kata sumber itu.

Malah, Gaga sendiri mengakui tidak kisah dengan kata-kata orang yang menganggap dirinya pelik.

”Tiada istilah malu ataupun terasa diri ini umpama badut. Saya fikir wanita perlu berani menentukan fesyen sendiri walaupun dunia fesyen kini menerima lambakan rekaan dan konsep pakaian pelbagai,”

”Sekali-sekala tidak salah mencipta kelainan dan menyerlahkan keunikan diri dengan idea sendiri,” kata Gaga mengenai fesyen peliknya yang semakin disenangi ramai.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: