Tuesday, June 1, 2010

Linda Rafar dakwa disabotaj



Linda Rafar yang dahulunya terkenal sebagai pelakon dan seterusnya menempa nama dalam bidang nyanyian kini giat memgembangkan bakatnya dalam dunia perniagaan.

Walaupun sibuk, Linda masih sempat membahagikan masa antara antara kerjaya dan minat terhadap dunia seni.

Namun, di sebalik kesungguhannya itu, pasti pelbagai rintangan terpaksa ditempuh termasuk berhadapan dengan pihak yang kurang senang melihat kesenangan dan kejayaan yang diperolehnya.

Paling menyedihkan, usaha membina perniagaan yang diusahakan bersama suaminya, Syed Aiman Syed Mahmud musnah dalam sekelelip mata.

“Mungkin ada di antara pelanggan Linda tertanya-tanya kenapa Restoran Jom Lepak sudah ditutup. Sebenarnya bukan lagi ditutup tetapi akan berpindah ke tempat lain. Ini kerana perniagaan Linda ini telah disabotaj oleh beberapa pihak yang mungkin tidak senang apabila melihatkan kejayaan orang lain di hadapan matanya,” katanya yang sangat sedih dengan apa yang menimpa dirinya itu.

Menurutnya lagi, dalam masa lima hari sahaja pemilik kedai telah memberi notis serta mengarahkan Linda supaya berpindah dan menutup kedai dengan alasan yang diberikan bahawa ingin membuka perniagaan di situ.

“Sebenarnya saya bukan hendak menuduh sangat ada orang mengkhianati perniagaan saya ini tetapi apabila banyak hal yang terjadi dalam satu masa, sedikit sebanyak saya dapat merasakannya.

Dalam keadaan yang kelam kabut itu, ramai pekerja termasuklah tukang masak juga memberikan pelbagai alasan untuk berhenti kerja,” katanya lagi yang telah mengalami kerugian yang besar.

Sementara itu, dengan pengeluaran notis yang agak singkat, papan tanda yang berharga beribu ringgit, barang-barang perniagaan di dalam kedai banyak yang telah dipecah dan dimusnahkan. Mujurlah ada lagi sebahagian peralatan yang berjaya diselamatkan.

Linda turut menyatakan kekesalan serta kesedihannya kerana masih ada yang orang yang tidak boleh bertolak ansur dalam melakukan sesuatu perkara.

Oleh itu, disebabkan merasakan perkara itu keterlaluan Linda tidak teragak-agak untuk melakukan tindakan susulan.

Ini juga memandangkan segala kontrak di mana dia boleh melakukan perniagaan di situ masih lagi disimpan dan sah di sisi undang-undang.

Apa pun bermula dari saat ini, Linda tidak patah semangat dalam membuka semula Restoran Jom Lepak yang mana banyak memberi inspirasi kepadanya bersama suami tercinta.

“Selepas ini mungkin saya akan berhati-hati dalam melakukan perniagaan terutama kedai makan. Mungkin ada juga kesilapan daripada saya sendiri yang terlalu sibuk dengan penggambaran dan aktiviti seni yang memerlukan saya ke luar negeri. Pendek kata saya mengakui bahawa untuk membuka kedai makan ini kalau boleh kita memberikan tumpuan hampir seratus peratus,” ujarnya lagi.

Apa yang diperhatikan Linda sememangnya seorang wanita yang cekal, ekoran daripada apa yang terjadi, dia mula menjinakkan diri dalam perniagaan menjual kereta mewah pula.

Idea memulakan perniagaan ini datangnya daripada ahli-ahli keluarga yang turut ingin melihat kejayaan hak milik bersama.

Walaupun memulakan perniagaan dengan modal yang agak besar nampaknya Linda sangat yakin dan berani utnuk memulakannya.

“Linda sangat baru dalam menceburi perniagaan permotoran atau menjual kereta mewah ini. Ini merupakan perniagaan keluarga yang mana pada awalnya telah diterajui oleh kakak Linda sendiri yang membuka Zaifa Automobil.

Dengan dorongan dan kejayaan kakak yang telah terlibat lebih kurang 10 tahun membuatkan Linda baru berpuas hati dan mula ada keyakinan untuk mencuba perniagaan mewah ini,” akhiri Linda yang sangat berharap untuk lebih berjaya dalam bidang perniagaan.

Bagi peminat-peminat Linda yang rindu untuk melihatnya dengan lebih dekat lagi, anda berpeluang untuk menemuinya di Karnival RTM, Danga Bay pada 12 Jun ini. Manakala yang giat melayari intenet pula boleh melihat Linda mengacarakan program Bintang secara percuma di www.wtv.my sebanyak 26 episod.

3 comments:

  1. sewa 5 bln tak bayar. bil letrik RM2 ribu lebih tak masuk air lagi tu. ini lah contoh anjing tersepit yg gigit balik.

    ReplyDelete
  2. tak de siapa nak sabotaj, sendiri biz tak reti. borak kosong lah lu linda,nak biz kereta mewah konon. woi, kereta estima yg lu ngan aiman pakai tu byr dl installment nya, dah masuk 3 bln ni tak bayar.

    ReplyDelete
  3. Ek eleh !.."dey thambi puhkimalk !py matti la !!"hahahaha ..sewa bwu 5 bln xbyr ,bkn nye staon pn ,yg ko sembng kt sni apahal !ntah2 ko yg sabotaj linda !?

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: