|
|
JUN, bulan untuk lelaki bergelar bapa pula diraikan oleh anak-anak. Belanja makan dan limpahan hadiah mungkin sudah terlalu streotaip tetapi masih tetap relevan.
Apatah lagi jika pemberian tersebut cukup mewah dan berharga daripada jenama terkenal dengan harga mencecah ribuan ringgit.
Pilihan terbaik mungkin koleksi khas sempena Hari Bapa daripada jenama antrabangsa, Coach. Koleksi ini tampil dengan tema Op Art C yang berciri mewah yang menonjolkan kekukuhan logo C.
Koleksi aksesori kemasan kulit dan kanvas itu meliputi beg bisnes tali silang dan bimbit hingga kepada tali pinggang, dompet dan sebagainya.
Dalam pada itu untuk menjadikan sambutan Hari Bapa kali ini diingati sampai bila-bila, Comyns, jenama ukiran perak terkenal dunia, menampilkan koleksi kafling dengan gaya kontemporari.
Lima rekaan menarik Button, Golf, Orbit, Titan dan Armadillo, membantu hujung lengan kemeja lebih kemas sekali gus menonjolkan imej peribadi si pemakai.
Jika Button lebih autentik dengan motif jahitan benang, penggemar sukan golf pasti akan menyukai gaya koleksi Golf yang mengambil motif permukaan bola golf.
Begitu juga dengan koleksi Orbit dengan rekaan ala satelit manakala Titan pula menonjolkan imej korporat yang teguh dengan perincian dan Armadillo mengambil semangat haiwan pemalu tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: