Sunday, June 6, 2010

Kempen cetuskan halalmania rakyat


PENGUNJUNG berpusu-pusu membeli-belah produk halal sempena Kempen 1Malaysia 1Halal di Kangar semalam.


KANGAR – Kempen 1Malaysia 1Halal di sini telah mencetuskan fenomena ‘halalmania’ di kalangan penduduk Perlis, demikian kata Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Hadhari dan Pembangunan Al-Sunnah Perlis, Jafperi Othman (gambar kecil).

Menurut beliau, selepas dua hari kempen berlangsung, topik halal menjadi perbualan mulut di kalangan penduduknya.

Katanya, ia terbukti apabila pihaknya mendapati pengunjung ke kempen itu terus meningkat dan ramai pihak mendaftar untuk mengikuti program forum perdana, seminar halal dan klinik halal yang disediakan oleh pihak penganjur.

“Saya berada di kenduri kahwin pun tetamu sibuk bercerita tentang kempen ini yang rata-rata gembira, tertarik dan mulai sedar terhadap piawaian halal.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: