Sunday, June 6, 2010

65,000 kunjungi Read Malaysia '10


PERSONALITI terkenal Aznil Nawawi, dikerumuni pengunjung pada sesi beliau sebagai duta Read Malaysia di MIECC, Mines Resort City di Seri Kembangan semalam.


KUALA LUMPUR – Cuti persekolahan yang bermula semalam berjaya menarik kira-kira 65,000 pengunjung pameran buku Read Malaysia ‘10 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MIECC), Mines Resort City di sini.

Dengan pelbagai tawaran menarik termasuk diskaun sehingga 70 peratus bagi pembelian pelbagai bahan bacaan, orang ramai mula memenuhi ruang legar pameran sebaik dibuka pada pukul 10 pagi.

Menurut Eksekutif Acara, Chang Pui Ei, pameran 10 hari sehingga 13 Jun itu menyasarkan kunjungan 400,000 orang sepanjang kempen berlangsung.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: