Monday, June 7, 2010

Depoh rosak tahanan merusuh


BEBERAPA anggota Rela berkawal apabila tahanan Vietnam merusuh di Depot Tahanan Imigresen Ajil, Hulu Terengganu kelmarin.


HULU TERENGGANU - Suasana tenang di Depoh Tahanan Imigresen Ajil di sini kelmarin bertukar kecoh apabila 200 tahanan warga Vietnam bertindak cuba merusuh kerana mendakwa tidak berpuas hati dengan layan yang diterima.

Kejadian pukul 9.30 malam itu berlaku apabila dua kumpulan tahanan warga Vietnam yang merupakan pendatang baru dan lama bergaduh sesama sendiri selepas berlaku salah faham antara mereka.

Ekoran itu, tahanan lain yang melihat kejadian itu kemudian mula merusuh dan membuat provokasi hingga mencetuskan suasana tegang di situ.

Selain dua petugas depoh dan lapan tahanan mengalami kecederaan ringan, pusat berkenaan juga mengalami kerosakan apabila tiga pintu besi rosak.

Pengarah Imigresen negeri, Mahasan Mustapa berkata, ketika kekecohan berlaku, ada daripada tahanan cuba melarikan diri selepas berjaya memecahkan pintu besi blok tahanan mereka.

"Tetapi mereka gagal keluar dari kawasan itu kerana tidak dapat melepasi beberapa lapis pagar keselamatan yang dipasang.

"Keadaan dapat dikawal kira-kira dua jam kemudian dengan bantuan polis dan Anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela)," katanya ketika dihubungi semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: