Saturday, June 12, 2010

Kembar belikan ibu mesin basuh


MOKHTAR KAMIS melihat mesin basuh yang dibeli oleh adik kembarnya untuk ibu mereka di Kampung Tok Kaya Kayang, Kuala Perlis semalam.


KUALA PERLIS - Pasangan kembar, Fatimah dan Aishah Kamis yang maut dalam kemalangan di Jalan Raja Syed Alwi di Kangar pada Rabu lalu, sempat membelikan sebuah mesin basuh baru untuk kegunaan ibu mereka.

Ibu pasangan itu, Nirat Shafie, 67, (gambar) berkata, kedua-dua anaknya telah pergi membayar deposit barangan tersebut di sebuah kedai elektrik pada petang kemalangan yang meragut nyawa mereka.

"Mereka belikan mesin basuh yang baru bagi meringankan penat saya mencuci pakaian dengan tangan selama ini dan mesin itu dihantar ke rumah saya kelmarin.

"Selain itu, mereka pernah memberitahu mahu menukar lantai rumah dan membuat beranda selain memberi wang saku kepada saya setiap bulan hasil gaji mereka," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Kaya Kayang, di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan pasangan kembar berusia 22 tahun itu maut apabila motosikal mereka dirempuh sebuah kereta semasa dalam perjalanan pulang selepas membeli barangan untuk hantaran perkahwinan ibu saudara mereka.

Kemalangan itu mengakibatkan motosikal mangsa dan kereta tersebut terhumban ke dalam petak sawah menyebabkan Aishah mati di tempat kejadian manakala Fatimah yang mengandung tiga bulan meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: