Saturday, June 12, 2010

Wedok Linau kembali ke sungai


SARJUNI (berkaca mata) melihat penduduk kampung membuka ikatan pada Wedok Linau sebelum dilepaskan ke sungai semalam.


BATU PAHAT - Buaya tembaga yang berjaya ditangkap di dalam parit berdekatan kebun penduduk di Kampung Linau Kecil, Bukit Pasir di sini dilepaskan ke sungai berdekatan kampung itu, lewat petang kelmarin.

Buaya yang digelar Wedok Linau itu dilepaskan oleh warga emas yang menangkapnya, Sarjuni Katmo, 79, dengan bantuan penduduk kampung kira-kira pukul 7 petang.

Menurut Sarjuni yang lebih mesra dengan panggilan Wak Juni, pada mulanya pihak Jabatan Perhilitan datang ke rumah untuk mengambil buaya itu namun dia berkeras untuk melepaskan haiwan itu ke sungai.

"Ini hak saya. Saya yang menangkapnya dan saya pulangkannya kembali ke sungai.

"Lagi pun buaya ini tidak pernah mencederakan penduduk kampung," katanya yang terkenal sebagai dukun kampung yang dapat membantu menyembuhkan penyakit tertentu ketika dihubungi semalam.

Tengah malam kelmarin, Wak Juni dan dua cucunya, Azhar Jaris, 22, dan Zulfikri Khairudin, 17, berjaya menangkap buaya betina itu yang bersarang di kawasan parit berhampiran kebun kelapa dan kelapa sawit kampung itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini:

Post a Comment