Thursday, June 3, 2010

Jual diri jika mahu makan

KUALA LUMPUR: Sekumpulan lapan gadis remaja bawah umur dipaksa melacur oleh satu sindiket pelacuran jika mahu mendapatkan makanan.

KETAKUTAN...lapan gadis warga Filipina yang diselamatkan pesara  tentera berkenaan.
KETAKUTAN...lapan gadis warga Filipina yang diselamatkan pesara tentera berkenaan.
TAHAN...ibu ayam terbabit (kiri) ditahan dalam serbuan.
TAHAN...ibu ayam terbabit (kiri) ditahan dalam serbuan.
Difahamkan, kumpulan gadis warga Filipina terbabit perlu melayan pelanggan sebaik mungkin dan tip daripada layanan yang diberi akan diserahkan kepada ibu ayam sebelum digunakan untuk membeli makanan.


Namun jika gagal mendapatkan tip daripada pelanggan, mereka dihukum ibu ayam terbabit dengan dibiarkan kelaparan sedangkan wang bayaran perkhidmatan pelacuran RM350 diambil sindiket.


Berdasarkan maklumat, semua lapan gadis berusia 14 hingga 27 tahun terbabit diperdaya seorang ibu ayam yang mengajak mereka datang ke Sandakan, Sabah kononnya untuk bekerja sebagai pelayan restoran dengan gaji lumayan RM2,500 sebulan.


Tertarik tawaran itu, semua mangsa yang berasal dari selatan Filipina diseludup ke negara ini menggunakan bot laju sebelum disembunyikan di sebuah rumah di Sandakan, Sabah.


Mangsa bagaimanapun dipaksa melacur dengan modus operandi dihantar sindiket menaiki kenderaan kepada pelanggan yang membuat tempahan sama ada mengikut jam atau sekali perkhidmatan dengan kadar RM150 hingga RM350.


Difahamkan semua wang bayaran khidmat pelacuran itu diambil keseluruhannya oleh sindiket manakala mangsa diarah mencari wang tip sendiri.


Bagaimanapun, selepas lebih dua bulan dipaksa melacur dengan tidak diberi makan, mangsa nekad melarikan diri dari rumah itu sebelum meminta bantuan seorang pesara tentera yang ditemui di hadapan sebuah kedai.


Lelaki berusia 40-an itu segera membantu dengan membawa semua mangsa menaiki dua teksi menuju Telupit, Sabah bagi mengelak dijejaki sindiket terbabit.


Pesara tentera berkenaan menempatkan semua mangsa di sebuah hotel murah beramai-ramai sebelum menghubungi pihak berkuasa.


Difahamkan, ketika ditemui semua gadis terbabit dalam keadaan trauma dan ketakutan melampau berikutan pengalaman ngeri pernah dialami selepas dijual sebagai hamba seks.Semua mangsa sengaja ditakutkan ibu ayam terbabit mereka akan ditahan pihak berkuasa jika melarikan diri berikutan tidak mempunyai pasport dan dokumen perjalanan sah ke Malaysia.


Berdasarkan soal siasat polis, mangsa mendakwa pernah tidak diberi makan tiga hari oleh ibu ayam selepas gagal memperoleh tips daripada pelanggan.


Namun mangsa dianggap bijak kerana sempat melarikan gambar ‘ibu ayam’ terbabit yang turut mengandungi maklumat nama serta alamat pada belakang gambar itu sebelum bukti itu diserahkan kepada polis.


Bersandar maklumat penting itu, polis menyerbu sebuah rumah di Taman Mawar, Sandakan, sebelum memberkas ibu ayam terbabit yang tinggal di rumah berkenaan bersama seorang ahli sindiket lelaki berusia 41 tahun Hasil siasatan lanjut mendapati ibu ayam berusia 25 tahun itu wanita warga Filipina, namun mempunyai dokumen perjalanan masuk sah ke negara ini dan dipercayai pernah memperdaya ramai gadis.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: