Monday, June 14, 2010

Jazrina cantik luar & dalam




WANITA berusia 25 tahun itu lebih mesra dengan panggilan Jazrina. Sejak lima tahun lalu, Jazrina aktif dalam pelbagai bidang peragaan. Bahkan, dia pernah berjinak-jinak menyanyi dan berlakon sambilan. Biar pun baru berjinak-jinak dalam dunia penulisan skrip, Jazrina mampu menyelami keinginan pembaca yang lebih gemar kepada realiti.

“Ramai penulis wanita melahirkan idea berdasarkan penyelidikan. Walaupun saya seorang yang sederhana tetapi saya ingin berjaya dalam bidang ini,” jelasnya yang minat menyanyi, melancong dan membaca.

Sebagai model sambilan, Jazrina tidak lupa menjaga penampilan diri. Selain rutin penjagaan wajah seharian, Jazrina mengamalkan pemakanan sihat, banyak minum air suam, makan vitamin dan bersenam.

Jazrina juga percaya menunaikan solat mampu menjadikan seseorang tenang dan wajah lebih berseri-seri.

Keistimewaan Jazrina adalah sikapnya yang sentiasa merendah diri. Baginya, seorang wanita bukan sahaja perlu cantik luaran tetapi juga kecantikan perlu lahir dari dalam diri. Dia gemarkan wangian yang ringkas. Misalnya, One Drop Perfumes yang boleh digunakan untuk solat dan halal.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: