Wednesday, June 16, 2010

Jaden ikut jejak Will Smith

Kata pepatah 'mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi', amat sesuai ditujukan kepada Jaden Smith iaitu anak lelaki Will Smith yang berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila filem lakonannya pertamanya Karate Kid’s berjaya mengatasi filem The A Team.

Kejayaan itu selari dengan kecemerlangan bapanya yang mencatatkan kutipan box-office dalam filem-filem lakonannya.

Menurut rakan kepada keluarga Smith itu, Jaden begitu mengagumi bapanya dan berazam untuk menjadi bintang yang berjaya seperti Will. Jaden juga tidak menyangka bahawa filem pertama lakonannya mendapat sambutan hangat penonton.

“Saya rasa terkejut dan berbangga kerana filem lakonan saya memberi pulangan yang baik kepada pihak produksi, saya harap selepas ini saya mampu memberi hasil yang lebih baik di dalam karier saya kelak,” kata Jaden kepada satu sumber.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: