Wednesday, June 16, 2010

Agihan pendapatan terbaik


AHMAD SARJI (kiri) dan Hamad Kama Piah menunjukkan agihan pendapatan ASD di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) tetap optimis untuk memberikan agihan pendapatan yang baik kepada pemegang unit amanahnya meskipun sesetengah syarikat pelaburannya mengalami kerugian dan yang terbaru ialah Sime Darby Bhd. (Sime Darby).

Sime Darby merupakan salah satu syarikat pelaburan terbesarnya.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah berkata, isu kerugian yang dialami syarikat konglomerat itu tidak akan memberi kesan yang membimbangkan kepada pihaknya.

"Kami melabur dalam banyak syarikat dan bukan semua syarikat yang menguntungkan."

"Apa pun, kami tetap akan dapatkan pulangan yang baik dan kami percaya apa yang dilalui Sime Darby hanyalah berupa 'episod' sementara dan ia tidak akan memberikan kesan yang sangat buruk kepada pelabur kami," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Didik (ASD) di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: