Pelakon Inneke Koesherawati tidak mahu putera kesayangannya Muhammad Rahlil Ibrahim, yang kini masih berusia tiga tahun, mengikut jejaknya terlibat dalam dunia hiburan. Menurutnya, dia bimbang anaknya lebih cepat tua berbanding usia setelah jika terlibat dalam bidang tersebut.
”Rata-rata kalau anak kecil yang ikut penggambaran, perkembangannya akan lebih cepat dari usianya kerana bergaul dengan orang yang lebih dewasa,” katanya.
Wanita berusia 34 tahun itu juga bimbang jika anaknya menjadi artis di usia awal, dia akan berubah menjadi anak yang enggan mendengar kata.
Namun, isteri kepada Fahmi Darmawansyah itu tidak akan memaksa anaknya untuk mengikut kehendaknya. Menurut Inneke jika Rahlil mahu menjadi artis dia akan cuba memahami dan buat masa ini Rahlil pernah memberitahu Inneke bahawa dia ingin menjadi anggota polis.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: